JOHOR BAHRU: Pusat pungutan zakat dan Baitulmal perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membantu mengesan individu yang memerlukan, sekali gus mengurangkan golongan miskin bandar di negara ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ini kerana institusi kewangan di bawah jabatan dan majlis agama Islam itu, mempunyai pendapatan yang sangat besar menerusi kutipan zakat setiap tahun.
"Pendapatan (zakat) yang diterima bagi satu lokaliti masyarakat Melayu dalam kawasan bandar melebihi daripada jumlah yang digunakan untuk tujuan kebajikan penduduk miskin.
"Sebagai contoh, Masjid Wilayah (Kuala Lumpur) kutipan (sumbangan) sekitar RM80,000 seminggu dan kalau itu perkiraan yang digunakan bermakna sekitar RM300,000 sebulan dan setahun pendapatan wakaf atau sedekah yang diterima masjid tidak lari daripada RM3 juta hingga RM4 juta," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas melawat pusat operasi Bernama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Hotel Grand Paragon di sini, semalam.
Menurut Jalaluddin usaha secara konklusif daripada semua pihak perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kemiskinan bandar.
Dalam pada itu, mengenai isu warga asing yang berniaga di tapak perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalaluddin berkata pihaknya sedang menjalankan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan keadaan tersebut tidak terus berlaku.
Katanya penguat kuasa kini melakukan intipan serta siasatan secara kerap, dan sekiranya pemegang lesen itu didapati melakukan kesalahan termasuk memberi kepada pihak lain, maka lesen mereka akan ditamatkan serta-merta tanpa kompromi, rundingan mahupun budi bicara.
Menurut Jalaluddin daripada 100 lesen peniaga Melayu yang dikeluarkan, sebahagiannya telah disalah guna oleh penerima lesen dengan menjualnya kepada pihak ketiga termasuk warga asing.
"Bila buat penguatkuasaan, kami tanya pekerja asing dan mereka dakwa mereka bekerja dengan tuan punya lesen, hakikatnya warga asing ini membayar sejumlah wang kepada pemegang lesen.
"Saya terpaksa ambil pendekatan sedemikian rupa kerana tidak mahu melihat peluang ekonomi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia di kawasan bandar raya dinikmati warga asing dan pendatang," katanya.
Beliau juga mengingatkan kepada peniaga yang telah mendapat peluang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan di kawasan sekitar Kuala Lumpur tahun ini, agar memastikan hanya pemilik lesen yang menjalankan perniagaan atau tindakan penamatan lesen dikenakan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ini kerana institusi kewangan di bawah jabatan dan majlis agama Islam itu, mempunyai pendapatan yang sangat besar menerusi kutipan zakat setiap tahun. - Gambar fail/BERNAMA
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
PPZ-MAIWP lancar kempen potongan zakat bulanan
PPZ-MAIWP melancarkan kempen pembayaran zakat pendapatan melalui Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan membayar zakat.
PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini
PPZ-MAIWP juga menyasarkan peningkatan pembayar zakat kepada sekurang-kurangnya 500,000 tahun ini, berbanding 300,000 pada tahun lalu.
Kutipan zakat 2020 PPZ-MAIWP meningkat kepada RM768 juta
PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat.
Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.
PKP: 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka seperti biasa
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan 10 kaunternya beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 26 Jan depan.
PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat 2020 lebih RM700 juta
Keyakinan itu berdasarkan kepada jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP setakat ini yang melebihi RM690 juta, berbanding RM682.2 juta pada 2019.
Nasib To'ki terbela, dapat bantuan rumah serta komputer riba
Selepas ini, To'ki tidak perlu lagi berteduh di pondok serba daif di pinggir hutan.
Syed Ali dilantik pengerusi baharu PPZ-MAIWP
Syed Ali, 58, sebelum ini menyandang jawatan penting di beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah Technology Park Malaysia.
Bayar zakat lebih awal, elak kesulitan - PPZ-MAIWP
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rais Alias berkata, langkah itu bagi mengelak sebarang kesulitan kepada semua pembayar zakat.