awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA

Bernama
Bernama
02/03/2024
00:30 MYT
Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA
Wan Ahmad Dahlan menyampaikan kenyataan beliau sempena perasmian Mesyuarat Agung PCK JPA 2024 pada Jumaat. - Facebook JPA
PUTRAJAYA: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) perlu menjadi pelengkap kepada sektor kerajaan dalam menyantuni rakyat melalui penganjuran pelbagai program kemasyarakatan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata peranan itu penting kerana sebilangan besar wanita kini merupakan pemimpin dalam pelbagai profesion, sama ada di sektor swasta atau awam termasuk di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Puspanita Cawangan Kecil (PCK) JPA mempunyai peranan yang sangat besar dalam merencanakan program melibatkan warga kerja JPA dan memberi manfaat kepada anggotanya.
"Saya harap PCK JPA akan terus aktif dan kreatif dalam menganjurkan pelbagai inisiatif serta program secara kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat kepada anggotanya serta menyantuni masalah masyarakat," katanya yang juga Penasihat PCK JPA dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena perasmian Mesyuarat Agung PCK JPA 2024 semalam.
Dalam kenyataan sama, Pengerusi PCK JPA Datin Seri Dr Azlifah Bahari menyeru semua ahli PCK JPA supaya meneruskan komitmen dan kerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan, imej dan prestasi PCK JPA.
Pada majlis yang sama, Azlifah turut merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat JPA sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang akan disambut pada 8 Mac ini, bertemakan 'Wanita Dijulang Negara Gemilang'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#puspanita
#JPA
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
#wanita perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan