Putera Arab Saudi, yang dikatakan menderma wang sebanyak RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan pemberian ‘derma’ berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, terdapat satu surat yang menunjukkan derma berkenaan adalah daripada Putera Arab Saudi dan pertemuan pihaknya dengan putera itu seperti telah diaturkan.
“Sebenarnya, ada sepucuk surat yang menunjukkan sumbangan itu adalah daripada Putera Arab Saudi. Berdasarkan surat itu, pegawai kami pergi ke Arab Saudi dan putera itu ‘diperkenalkan’ kepada kami.
“Biasanya, kami yang akan mencari orang berkenaan untuk mendapatkan kenyataan tetapi kali ini, seseorang telah memperkenalkan kami kepada ‘putera’ itu,” katanya tanpa mendedahkan nama Putera Arab Saudi tersebut pada sidang media khas SPRM di sini, hari ini.
BACA JUGA: 'Kevin Morais tidak terlibat kes RM2.6 bilion, SRC' - KP SPRM
BACA JUGA: 'Saya menangis macam budak-budak di New York, depan Mat Saleh' - KP SPRM
BACA JUGA: Saya tidak gembira - KP SPRM
Mohd Shukri berkata pada pertemuan itu, Putera Arab Saudi berkenaan mengaku telah menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib namun, beliau gagal mengemukakan sokongan pemberian derma terbabit kepada SPRM.
"Beliau mengakui menyumbangkan RM2.6 bilion tetapi apabila ditanya di mana dokumen sokongannya, beliau tidak dapat mengemukakannya. Operasi standard mestilah disokong dengan dokumen," katanya.
Mohd Shukri berkata siasatan terhadap dakwaan pemberian derma berkenaan terhenti selepas Peguam Negara menolak permohonan SPRM.
"Apabila kami mengemukakannya kepada bekas Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali), kami minta beliau memberi kami dokumen MLA (Bantuan Undang-Undang Bersama) bagi membolehkan kami untuk memperjelaskan sama ada perkara ini benar atau tidak ... kami memerlukan sokongan, kami perlukan bukti dan kami memerlukan dokumen tetapi AG menolak untuk membenarkan kami mendapatkan MLA.
"Tiada dalam dunia ini orang yang begitu pemurah beri RM2.6 bilion begitu sahaja dan RM2.6 bilion ini merupakan kes yang benar," katanya.
Mohd Shukri berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung kenyataan SPRM pada Ogos 2015 yang menyatakan bahawa dana berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Najib itu adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -- BERNAMA
Bernama
Tue May 22 2018
Mohd Shukri berkata pada pertemuan itu, Putera Arab Saudi berkenaan mengaku telah menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib namun, beliau gagal mengemukakan sokongan pemberian derma terbabit. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.