RIYADH: Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Mesir, Jordan dan Pakistan di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini semalam.
"Putera Mohammed telah menyebut bahawa beliau akan cuba untuk melawat Malaysia sebelum akhir tahun ini, (tarikh) belum muktamad lagi," katanya.
Anwar berkata selain mengukuhkan hubungan dua hala Putrajaya-Riyadh, Putera Mohammed menekankan agar Arab Saudi memberi tumpuan kepada pelaburan skala besar di Malaysia.
"Saya lihat beliau bersungguh-sungguh mahu supaya Malaysia diberi tumpuan dan dalam perbincangan dengan Menteri-Menteri dan syarikat (Arab Saudi) juga, nampak kesungguhan yang sama.
"Saya jumpa Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan (Arab Saudi) semalam pun sebut bahawa arahan itu jelas dan kita harap ini dapat dilaksanakan segera, terpulang kepada kesediaan dan tahap kecepatan kelulusan oleh agensi-agensi Malaysia," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini pada akhir lawatan kerja tiga hari beliau ke Arab Saudi.
Anwar berkata beliau telah meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyelaras perkara itu.
Zafrul, yang turut serta dalam sidang media itu, berkata Menteri Perdagangan Arab Saudi akan melawat Malaysia minggu depan.
Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perdana Menteri juga berkata beliau membincangkan konflik di Gaza dengan Putera Mohammed dan menyatakan bahawa isu itu akan tetap menjadi keutamaan Malaysia.
"Saya meluahkan harapan agar negara-negara Islam bersepakat untuk menegaskan bahawa kekejaman Israel di Gaza tidak boleh berlanjutan dan dimaafkan," katanya.
ANWAR-PUTERA MOHAMMED 3 (AKHIR) RIYADH
Perdana Menteri turut berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara lain antaranya Iraq, Rwanda, Jordan, Pakistan dan Qatar bagi memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan serta pelaburan.
Perbincangan Anwar dengan wakil beberapa syarikat antarabangsa turut membuahkan hasil positif apabila mereka menyatakan minat untuk melabur di Malaysia antaranya syarikat pembekal tenaga global TotalEnergies yang berpangkalan di Perancis dan syarikat gergasi tenaga boleh baharu ACWA Power yang berpangkalan di Arab Saudi.
Perdana Menteri berada di Arab Saudi bagi menyertai Mesyuarat Khas WEF yang berakhir hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula semalam bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' itu dihadiri oleh lebih 1,000 peserta termasuk ketua-ketua negara dan kerajaan selain pemimpin perniagaan serta industri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad. - Gambar fail
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
Tanam 50 bilion pokok: Putera Mahkota Saudi bincang Inisiatif Hijau dengan para pemimpin Arab
Inisiatif Hijau Asia Barat dengan usahasama negara-negara lain di rantau ini, menyasarkan untuk menanam 50 bilion pokok.
KL Summit 2019: Tiada paksaan jika tidak dapat hadir - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada paksaan kepada mana-mana pihak dalam membuat keputusan bagi menghadiri sidang kemuncak yang bakal membuka tirai.