Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito hari ini memulakan lawatan rasmi lima hari ke Malaysia dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sebagai tanda penghormatan kepada pejuang negara yang terkorban.
Putera Mahkota Naruhito tunduk dan bertafakur selepas meletakkan kalungan bunga putih di hadapan struktur itu yang dibina bagi mengenang perajurit yang gugur ketika berjuang untuk negara, yang terletak berhampiran Taman Tasik Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, yang juga Menteri Pengiring.
Dibina pada 1966 dan berdiri setinggi 15.5 meter, monumen yang terdiri daripada tujuh anggota tentera yang mengibarkan Jalur Gemilang, merupakan satu daripada patung gangsa terbesar di dunia.
Ini merupakan lawatan pertama Naruhito ke Malaysia sejak baginda dimasyhurkan sebagai Putera Mahkota Jepun pada 1991. Baginda tiba di Malaysia semalam.
Lawatan Putera Mahkota Jepun itu juga merupakan kemuncak sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.
Naruhito, putera sulung Maharaja Akihito, hari ini dijadualkan untuk menyampaikan kuliah khas di Universiti Malaya dan melawat Pusat Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Baginda turut dijadualkan menghadiri majlis bagi meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia-Jepun di sebuah hotel terkemuka petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2017
Putera Mahkota Naruhito meletakkan jambangan bunga sebagai tanda penghormatan di Tugu Negara hari ini sempena lawatan rasmi lima hari ke Malaysia. - Bernama
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu
Maharaja Akihito, 85 tahun, bakal menjadi maharaja Jepun yang pertama turun takhta dalam 200 tahun pada Selasa ini.
Kabinet lulus tarikh Maharaja Jepun turun takhta
Kelulusan kabinet itu dibuat seminggu selepas mesyuarat melibatkan Perdana Menteri Shinzo Abe, ahli politik, anggota kehakiman dan keluarga diraja berlangsung.
Putera Mahkota Jepun harap hubungan terus diperkukuh melalui pendidikan
Putera Mahkota Jepun, Naruhito berharap persahabatan Jepun-Malaysia dapat terus dipererat dengan merancakkan kerjasama dalam bidang akademik antara dua negara.