awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PUTERI' aplikasi pertama dibangunkan oleh sayap UMNO

Adli Effendy
Adli Effendy
11/07/2014
12:29 MYT
'PUTERI' aplikasi pertama dibangunkan oleh sayap UMNO
Aplikasi 'Puteri' sedia untuk muat turun
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar yang diberi nama ‘Puteri’. Pelancaran aplikasi itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC. Dengan pelancaran itu, pergerakan puteri menjadi sayap UMNO pertama yang memperkenalkan aplikasi untuk telefon pintar kepada ahli-ahlinya. Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin, pembangunan aplikasi ‘Puteri’ itu adalah satu daripada transformasi pergerakan puteri untuk mendekati wanita muda di seluruh negara yang sebahagian besarnya menggunakan telefon pintar dan peranti lain. Jelas Ermieyati, pelancaran aplikasi itu adalah tepat pada masanya kerana pada hari ini penggunaan telefon pintar telah menjadi satu kemestian bagi setiap anak muda. Aplikasi ‘Puteri’ boleh dimuat turun secara percuma menerusi google play dan apps store.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#Internet
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan