Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung petang Ahad.
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.
Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian bumbung.
"Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang terlibat di Kampung Tengku Hussein Baru.
Beliau berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal pasti.
"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka," katanya.
Seorang mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak.
Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate bersama anggota keluarganya.
"Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat," katanya sambil menjelaskan kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung itu.
Bernama
Sun Dec 07 2014
MUSNAH.: Ruang tamu sebuah rumah musnah di mana bumbungnya diterbangkan puting beliung pada pukul 2.30 petang di kawasan Gugusan Manjoi pada Ahad. - fotoBERNAMA
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kelecuran badan Faisal Halim pada tahap dua
Kelecuran yang dialami oleh pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim adalah pada tahap dua.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Faisal kini dirawat di hospital, keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Faisal Halim kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Papan tanda pasar raya di Ipoh terbakar
Pengunjung sebuah pasar raya di Gugusan Manjoi di Ipoh gempar seketika apabila papan tanda di tingkat satu bangunan itu terbakar pada Sabtu.
71 keluarga terjejas akibat puting beliung terima bantuan ihsan
Sebanyak RM20,000 diperuntukkan bagi membantu kesemua keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian di Gugusan Manjoi Ahad lepas.
Puting beliung di Gugusan Manjoi, 57 rumah rosak
Kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.