Pengguna perkhidmatan Light Rapid Transit (LRT) menggunakan media sosial untuk berkongsi situasi sewaktu terperangkap tren yang mengalami masalah teknikal petang tadi.

Laman Twitter rasmi @AskRapidKL menerima pelbagai maklumbalas selepas mengumumkan masalah teknikal yang berlaku.




Sedikit sebanyak ia menimbulkan kemarahan pengguna yang menggunakan pengangkutan itu kerana masalah berlaku ketika waktu puncak yang sesak dengan orang yang pulang bekerja.




Beberapa pengguna menyatakan ini bukan kali pertama LRT berdepan masalah.








My Rapid KL mengemaskini status menyatakan servis kembali seperti biasa kurang satu jam selepas itu.