awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH66 berpatah balik: MOT tunggu laporan lengkap MAB - Loke

Bernama
Bernama
02/09/2024
10:46 MYT
MH66 berpatah balik: MOT tunggu laporan lengkap MAB - Loke
Loke berkata beliau telah berhubung dengan MAB mengenai kejadian yang dipercayai berlaku akibat masalah teknikal dan meminta mereka segera memberikan penjelasan. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhubung insiden pesawat MH66 berpatah balik awal pagi tadi.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau telah berhubung dengan MAB mengenai kejadian yang dipercayai berlaku akibat masalah teknikal dan meminta mereka segera memberikan penjelasan.
"Saya telah berhubung dengan mereka (MAB). Jadi kita tunggu laporan lengkap berkenaan dengan masalah teknikal tersebut.
"Saya telah meminta pihak MAB untuk membuat kenyataan berkenaan perkara itu," katanya pada sidang media selepas Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS 2024) di sini hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan sebuah lagi pesawat MAB dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1).
MAB hari ini mengesahkan penerbangan MH66 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semalam, berpatah balik sebagai tindakan berjaga-jaga susulan masalah teknikal dengan sistem hidraulik.
Pesawat itu selamat mendarat di KLIA Terminal 1 pada 1.30 pagi tadi.
Penerbangan ke Incheon dijadualkan semula untuk beroperasi sebagai MH66D dan dijadualkan berlepas 8 malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat MH66
#pesawat berpatah balik
#Malaysia Airlines
#Anthony Loke
#Incheon
#masalah teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan