awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan dilakukan terhadap gangguan Autogate dan Kod QR di BSI - JIM Johor

Bernama
Bernama
09/12/2024
14:30 MYT
Siasatan dilakukan terhadap gangguan Autogate dan Kod QR di BSI - JIM Johor
Mohd Rusdi berkata masalah teknikal itu berlaku di bahagian suis teras bangunan berkenaan dan ia di bawah pengurusan bangunan iaitu Syarikat TMR Urusharta (M) Sdn Bhd. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor telah melakukan siasatan dalaman berhubung kegagalan sistem Autogate dan Kod QR di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Zon Pemeriksaan Penumpang Bas berfungsi pada pukul 12 tengah hari semalam.
Pengarah JIM Negeri Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata masalah teknikal itu berlaku di bahagian suis teras bangunan berkenaan dan ia di bawah pengurusan bangunan iaitu Syarikat TMR Urusharta (M) Sdn Bhd.
Beliau berkata tindakan serta-merta dan penambahbaikan telah dibuat dan kedua-dua sistem terbabit pulih sepenuhnya pada 6.30 petang hari yang sama.
"JIM Johor ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh syarikat (pengurusan bangunan) dalam memastikan masalah gangguan ini dapat dipulihkan.
"Bagi memastikan kelancaran di zon itu, tindakan pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan gangguan sistem tidak berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, JIM Johor juga komited untuk sentiasa berusaha bagi memastikan kelancaran pergerakan di pintu masuk utama Malaysia dan Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#kod QR
#masalah teknikal
#tindakan pemantauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan