Bapa kepada kanak-kanak yang putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut di rim motosikal, menyatakan kerisauannya terhadap masa depan anaknya itu kerana dimaklumkan tidak boleh menggunakan lengan palsu.
Zulkifli Mohamad, 38 tahun, berkata menurut doktor, keadaan itu adalah akibat daripada kesan kecederaan yang dialami anak sulungnya Nur Zulaikha Khumaira, tujuh tahun.
Katanya, pada hari kejadian, mangsa membonceng motosikal yang dibawa kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, ke rumah penghulu kampung bagi mendapatkan cop pengesahan untuk permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT) bagi menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di sini.
"Saya tidak menyangka permintaan Khumaira untuk memakai baju sejuk milik ibunya akhirnya mengundang bencana.
"Tetapi apakan daya, semuanya sudah ditentukan Allah. Saya yakin ada hikmah di sebaliknya dan berharap agar diberikan ketabahan," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Jumaat.
Kejadian itu berlaku di Kampung Binjai Bongkok, Marang, kira-kira 9.30 malam pada Khamis.
Menurut Zulkifli, walaupun dalam keadaan yang tidak sihat dan separuh sedar kerana dimasukkan ubat penahan sakit melalui saluran tiub, Khumaira masih sempat menyatakan tetap mahu ke sekolah seperti biasa pada hari Ahad.
"Walaupun sedih saya berasa tenang sedikit kerana Khumaira anak yang sangat kuat dan tidak menangis selepas menyedari tangannya telah tiada. Ketika ramai saudara mara datang melawat tadi, dia ada cakap nak ke sekolah kerana nak jumpa kawan-kawan.
"Malah selepas sedar daripada pembedahan kira-kira 11 pagi tadi dia ada tanya mana tangan palsu kakak nak pakai," katanya sambil mengesat air mata.
Menurut Zulkifli, beliau dan isterinya Rohidayu Siup @ Yusof, 29 belum dapat memikirkan perancangan lanjut untuk Khumairi kerana kejadian itu masih baharu dan masing-masing masih terkejut dengan kemalangan yang menimpa anaknya. -- Bernama
Bernama
Fri Jul 13 2018
Khumaira ditemani ibunya Rohidayu Siup@ Yusof (dua, kiri), 29 tahun, ketika menerima rawatan di HSNZ pada Jumaat.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.