KUALA LUMPUR: Ketika mula menunggang kuda secara kompetitif pada usia 15 tahun, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil berpendapat bahawa bersaing dalam temasya Sukan Olimpik adalah impian yang sukar untuk dicapai.
Namun siapa sangka 26 tahun selepas itu, beliau yang kini berusia 41 tahun, mengakui semakin hampir merealisasikan impiannya beraksi dalam pentas Olimpik di Tokyo, Julai depan.
Walaupun Qabil Ambak telah dinamakan sebagai pengganti dalam acara dressage oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) selepas seorang daripada dua penunggang yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo melalui Kumpulan G kejohanan kelayakan untuk zon Asia Tenggara dan Oceania pada 2019 menarik diri baru-baru ini, beliau masih perlu mendapatkan tempatnya.
Anak jati Kuala Lumpur ini memberitahu Bernama, beliau terlebih dahulu perlu mendapatkan sijil kelayakan dan memperoleh sekurang-kurangnya 66 peratus mata dalam acara CDI (International Dressage) di Le Mans, Perancis dari 19-21 Jun.
Jika lepasi halangan tersebut, beliau boleh berbangga menjadi rakyat Malaysia yang pertama bersaing dalam acara ekuestrian di temasya sukan terbesar dunia itu.
Qabil Ambak yang lebih dikenali sebagai Qabs, mengakui bahawa berita tentang beliau ditawarkan tempat di Olimpik diketahuinya secara tiba-tiba kerana beliau menyangka impiannya di Tokyo sudah lama terkubur.
Walaupun teruja dengan peluang untuk membuat penampilan sulungnya di Olimpik, naib juara Piala Dunia FEI Dressage 2019 di Minsk, Belarus itu berkata beliau agak bimbang dengan hakikat bahawa perlu berlumba melawan masa untuk melengkapkan semua proses dokumentasi yang diperlukan untuk membolehkannya beraksi di Perancis.
"Ia agak tertekan dan tidak mudah bagi saya kerana saya perlu mengatur banyak perkara sebelum saya terbang ke Eropah. Ia sangat sukar kerana saya perlu mendapatkan segala-galanya dengan cepat menjelang tarikh akhir, iaitu kira-kira dua minggu sebelum acara di Le Mans bermula.
"Aksi di Le Mans akan menjadi acara terakhir saya untuk mengesahkan sama ada saya dapat pergi ke Tokyo... ia akan menjadi penentu bagi saya," katanya.
Namun ada satu lagi halangan bagi Qabil Ambak yang kini berada di Singapura, yang perlu diatasinya, jika mahu merealisasikan impiannya bertanding di Sukan Olimpik. Beliau perlu mendapatkan vaksinasi COVID-19 secepat mungkin sebelum terbang ke Aarhus, Denmark untuk berlatih dengan kudanya, Delatio, di bawah bimbingan jurulatihnya Dennis Fisker.
Beliau kini amat berharap Kementerian Belia dan Sukan yang sedang berhubung dengan Pesuruhjaya Sukan Singapura, boleh mencari jalan untuk membolehkannya divaksin di republik itu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar berkata mereka juga berusaha membantu Qabil Ambak melengkapkan proses dokumentasinya untuk acara di Le Mans.
Syed Omar berharap FEI akan mempertimbangkan untuk memberikan Qabil Ambak lebih banyak masa untuk menyediakan dokumennya, sambil menambah bahawa beliau juga percaya bahawa penunggang itu tidak mempunyai masalah untuk mengumpulkan 66 peratus mata yang diperlukan di Le Mans.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
Aksi di Le Mans akan menjadi acara terakhir Qabil Ambak untuk mengesahkan sama ada dapat pergi ke Olimpik Tokyo. - Bernama
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Qabil Ambak semakin hampir realisasikan impian beraksi di Olimpik
Qabs perlu dapatkan sijil kelayakan dan memperoleh sekurang-kurangnya 66 peratus mata dalam acara CDI (International Dressage) di Le Mans, Perancis.
Qabil habiskan RM1 juta untuk ke Sukan Asia
Pengorbanan itu juga dilakukan Qabil demi terus memperjuangkan sukan ekuestrian di negara ini.