awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qhazanah Sabah mendapat hak eksklusif membangun infrastruktur telekomunikasi

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2021
07:22 MYT
Qhazanah Sabah mendapat hak eksklusif membangun infrastruktur telekomunikasi
Hajiji berkata, bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.
KOTA KINABALU: Lebih 2,000 menara telekomunikasi akan dinaik taraf dan 400 lagi dibina di Sabah di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Jelas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, langkah itu adalah sasaran kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kekangan sambungan internet di luar bandar.
Katanya, bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.
"Dengan perkembangan ini, kerajaan negeri menyasarkan untuk mengatasi masalah kekangan sambungan internet dengan kemudahan telekomunikasi yang sangat diperlukan, terutama sekali di luar bandar," katanya.
Terdahulu, Hajiji menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dengan Qhazanah Sabah diwakili Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB).
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.
CTTSB merupakan anak syarikat milik penuh Qhazanah Sabah yang merupakan pemilik dan pengendali menara bebas terbesar di Malaysia. Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan menguruskan 257 menara telekomunikasi di Sabah berikutan pelantikannya untuk melaksanakan Projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#telekomunikasi
#menara telekomunikasi
#JENDELA
#Internet
#luar bandar
#Sabah
#Qhazanah Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan