Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara pada Rabu mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan dari pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.
Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata bagaimanapun, kedua-dua mayat itu berbau busuk kerana telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.
Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, dekat sini kira-kira 40 kilometer dari Surabaya untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.
"Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperolehi kerana forensik baru menerima jenazah petang ini (Rabu).
"Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras," katanya dalam sidang akhbar di perkarangan hospital tersebut pada lewat petang Rabu.
Jelasnya, terdapat juga pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogy (pergigian) terlibat dalam bedah siasat ini.
Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga di dalam simpanan mereka.
Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat, katanya.
Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.
Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.
Dilapor, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan kini masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.
Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.
Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.
Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.
Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.
Bernama
Thu Jan 01 2015
Mayat lelaki dan perempuan dijumpai dalam keadaan sempurna - Foto AFP
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.