Penyelam Indonesia hari ini menemui lima mayat yang masih berada di tempat duduk dan bersemat tali pinggang keselamatan berdekatan bahagian utama pesawat AirAsia yang terhempas ke Laut Jawa bulan lalu.
AFP melaporkan bahawa kumpulan penyelam pencari dan penyelamat terbabit berharap dapat mendekati bahagian fiuslaj pesawat tersebut hari ini setelah dikesan kedudukannya.
Sejumlah 58 daripada 162 mangsa kini sudah ditemui berikutan nahas pesawat AirAsia QZ8501 pada 28 Disember lalu akibat terbang dalam keadaan cuaca ribut dari Surabaya ke Singapura.
“Penyelam kami telah menemui lima mangsa terbenam dalam lumpur berdekatan dengan bahagian fiuslaj pesawat. Mereka masih memakai tali pinggang keselamatan di kerusi masing-masing.
“Kami percaya mereka telah tercampak keluar dari fiuslaj sehingga 50 hingga 100 meter,” ujar pegawai agensi SAR, S.B. Supriyadi.
Tiga jasad telah diangkat dan dibawa ke kapal perang Banda Aceh, sementara dua lagi sedang cuba dibawa keluar.
Tambahnya, pasukan penyelam masih berusaha mendekati bahagian utama pesawat tersebut, yang dipercayai menempatkan lebih ramai penumpang dan kru kabin namun berdepan cabaran jarak penglihatan sejauh dua meter.
"Namun, hari ini agak cerah dan kita perlu optimis bahawa penyelam dapat sampai ke bangkai pesawat,” ujarnya.
Bahagian utama pesawat Airbus A320-200 itu telah dikesan di lantai laut oleh kapal tentera minggu lalu dalam pencarian terperinci di perairan cetek Indonesia, namun kekuatan arus bawah air dan permukaan bergelora memberi cabaran kepada misi SAR.
Kotak hitam pesawat termasuk perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan telah ditemui minggu lalu dan kini sedang dianalisa pihak penyiasat.
Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan minggu ini menyatakan bahawa pesawat itu telah terbang secara mendaki dengan laju sebelum ia terhenti lalu jatuh ke dalam laut.
Beberapa detik sebelum pesawat tersebut hilang dari radar, juruterbang telah meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi bagi menghindar cuaca buruk namun permintaan itu tidak segera diluluskan berikutan lalu lintas udara yang sesak.
AFP
Thu Jan 22 2015
Sejumlah 58 mayat kini sudah ditemui berikutan nahas pesawat QZ8501 pada 28 Disember lalu akibat terbang dalam keadaan cuaca ribut dari Surabaya ke Singapura. - Foto AFP
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.