Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada Disember lalu dilaporkan telah mendaki pada kelajuan lebih tinggi daripada biasa dan kemudian terhenti, kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan pada Selasa.
Penerbangan pada 28 Disember itu berlaku dalam cuaca ribut kencang sepatutnya menjadi satu perjalanan yang singkat dari bandar Surabaya ke Singapura.
Buat masa ini data dari kotak hitam pesawat masih lagi di bawah siasatan penganalisis sebelum laporan awal dikeluarkan.
Ignasius memberitahu, beberapa minit sebelum pesawat itu hilang dari radar, juruterbang telah meminta untuk naik pada ketinggian tertentu untuk mengelakkan ribut.
Namun kebenaran tidak diberikan serta-merta kerana kesesakan trafik udara.
"Pada minit terakhir, pesawat itu tiba-tiba naik pada kelajuan lebih daripada had biasa dan kemudian terhenti," kata Ignasius kepada pemberita merujuk kepada data radar.
Terdahulu dalam sidang parlimen negara, Ignasius memberitahu data radar menunjukkan Airbus A320-200 naik pada ketinggian 6,000 kaki (1,800 meter) seminit sebelum kemalangan itu.
Terdapat beberapa pesawat lain di kawasan yang sama pada masa itu.
"Saya rasa ia jarang berlaku walaupun untuk jet pejuang untuk dapat naik pada 6,000 kaki per minit.
"Untuk penerbangan komersil, naik pada ketinggian sekitar 1,000 hingga 2,000 kaki mungkin sudah dianggap luar biasa, kerana pesawat itu tidak dibina begitu,” katanya.
Ignasius berkata demikian merujuk kepada analisis awal perakam suara kokpit.
Penyiasat Indonesia berkata mereka mahu menumpukan siasatan yang berkemungkinan berlakunya kesilapan manusia atau masalah dengan pesawat yang menyebabkan pesawat terhempas.
"Kami tidak mendengar adanya pihak lain atau sebarang letupan," kata penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Nurcahyo Utomo kepada pemberita bagi menjelaskan mengapa faktor pengganas telah dikeluarkan.
"Kami melihat kemungkinan kemalangan berlaku atas sebab kerosakan pesawat dan faktor manusia," kata Nurcahyo tanpa memberi maklumat lanjut.
Jawatankuasa ini juga memeriksa pelbagai maklumat dalam perakam data penerbangan yang memantau setiap bahagian utama pesawat.
Laporan awal dijangka akan dikeluarkan pada 28 Januari.
Setakat ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia mengesahkan telah menemui sejumlah 53 mayat dengan 45 mayat setakat ini telah dikenal pasti identiti oleh Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI).
Pesawat yang membawa 162 orang itu terdiri daripada 155 penumpang warga Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang rakyat Britain dan seorang warga Perancis.
Agensi
Tue Jan 20 2015
Agensi Meteorologi Indonesia meramalkan bahawa cuaca buruk mungkin telah menyebabkan kemalangan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
AirAsia bagaimanapun akan menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja terjejas.
Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.
Malaysia kekurangan pusat jagaan kanak-kanak - TPM
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.
Mobile Legends: AirAsia Saiyan mahu bertemu MyA sekali lagi untuk tebus kesilapan
Pemain AirAsia Saiyan Ahmad Fuad Razali yang senang dikenali sebagai Fredo berkata kesilapan itu berlaku berikutan masalah teknikal komunikasi ketika kedua-dua pasukan berperang di kawasan Lord.
Gunung Agung: Rakyat Malaysia terkandas di Lombok cemas!
Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan lapangan terbang Lombok.
AirAsia nasihat penumpang tiba awal di lapangan terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina
AirAsia dan AirAsia X meminta semua penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina supaya tiba awal di lapangan terbang bagi mengelak kesesakan
Briyani ayam masala mentega, muruku hidangan dalam penerbangan AirAsia sempena Deepavali
Briyani Ayam Masala Mentega akan menjadi satu daripada hidangan baharu dalam menu penerbangan AirAsia selain Muruku, snek kegemaran rakyat Malaysia yang ditawarkan sempena sambutan Deepavali.
MAHB patut bertanggungjawab insiden KLIA2 menakung air - Tony Fernandes
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini meluahkan rasa kekecewaannya berikutan keadaan KLIA2 yang ditenggelami air.
'Tiada kata yang boleh gambarkan kesedihan ini', ucap takziah Tony
Tony Fernandes telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan berita bahawa serpihan pesawat dan mayat telah dijumpai di lokasi pencarian.
Tiba awal di lapangan terbang semasa Hari Raya, kata AirAsia
Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan.