awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2022
23:30 MYT
R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
Kelly merupakan antara individu paling menonjol yang didapati bersalah atas tuduhan penderaan seksual semasa pergerakan #MeToo baru-baru ini. - Foto AP
CHICAGO: Penyanyi R&B R Kelly didapati bersalah pada Rabu di mahkamah Chicago atas beberapa tuduhan berkaitan dengan pornografi kanak-kanak.
Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak, pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak serta tuduhan menyembunyikan kesalahan itu.
Bagaimanapun penyanyi berusia 55 tahun itu didapati tidak bersalah atas tujuh tuduhan lain.
Kelly merupakan antara individu paling menonjol yang didapati bersalah atas tuduhan penderaan seksual semasa pergerakan #MeToo baru-baru ini.
Sepanjang perbicaraan lima minggu itu, beberapa wanita memberitahu panel juri mereka telah didera secara seksual oleh Kelly semasa mereka kanak-kanak.
Pada Jun lepas, Kelly dihukum penjara 30 tahun susulan sabitan berkaitan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita di mahkamah New York.
BACA: Penyanyi R Kelly dipenjara 30 tahun
Dia dituduh menggunakan status selebritinya untuk mengumpan wanita menjadi mangsa.
Kelly juga bakal menghadapi tuduhan di beberapa negeri lain termasuk Illinois dan Minnesota.
Topic Berkaitan
#R Kelly
#MeToo
#bersalah
#pornografi kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan