"DARI gelanggang Malaysia, sampai ke pentas dunia,
Kerah semua tenaga,
Demi meraih juara,
Ada sesuatu yang kau perlu tahu,
Di sebalik baju tersembunyi semangat yang jitu,
Dan ada rahsiaku, dah terbukti padu,
Sembilan – dua satu (9-21) semua tahu,
Zii Jia nombor satu (Yeahhh),
Tunggu ku pulang Malaysia,
Sambung mengerah tenaga,
Ini baru titik mula,
Wira menggegar dunia,
Ada sesuatu yang kau perlu tahu,
Di sebalik baju tersembunyi semangat yang jitu,
Dan ada rahsiaku, dah terbukti padu,
Sembilan – dua satu (9-21) semua tahu,
Zii Jia nombor satu (Yeahhh),
Selamat hari jadi Lee Zii Jia!"
Itulah bunyi lirik lagu istimewa yang dilancarkan Radio ERA sempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-23 jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, pada Isnin.
Ia adalah kejutan sebagai tanda penghargaan untuk jaguh negara itu yang tidak menyambut ulang tahun kelahirannya secara besar-besaran kerana baru menamatkan tempoh kuarantin sebelum terus melapor diri untuk latihan di gimnasium Akademi Badminton Negara (ABM), Bukit Jalil.
Lagu itu dinyanyikan secara bersama beberapa rakan artis antaranya Hael Husaini, Usop dan Masya Masyitah selain personaliti ERA termasuk Johan, Haniff dan Ray.
Zii jia anak jati kelahiran Kedah itu kini secara rasminya meningkat usia 23 tahun sejak dilahirkan pada 29 Mac 1998.
Pada aksi final di Utilia Arena Birmingham, Zii Jia menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk meraih gelaran All England, selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22 dan 21-9.
Sebelum ini, Lee Zii Jia merupakan pemain nombor 10 di dunia. Selepas menewaskan Axelsen di perlawanan All England, Lee Zii Jia kini merupakan pemain nombor lapan dunia.
BACA: Zii Jia tumpaskan Axelsen, rangkul kejuaraan All England
BACA: Lee Zii Jia bakal terima imbuhan - MB Kedah
BACA: Jangan cepat berpuas hati, Zii Jia - Bapa
Faris Danial Razi
Mon Mar 29 2021
Sempena hari lahir jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang ke-23, Radio ERA membuat satu kejutan sebagai tanda penghargaan buat bintang badminton negara itu. - Radio ERA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.