awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafidah masih enggan ulas kenyataan CEO AirAsia X

Arfa Yunus
Arfa Yunus
28/05/2013
05:03 MYT
Rafidah masih enggan ulas kenyataan CEO AirAsia X
Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini enggan mengulas berhubung kenyataan yang dibuat Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar hari ini yang mendesak tindakan tegas dari beliau berhubung kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani di laman Twitter.
“Saya tidak mahu layan kesemua tu,” kata Rafidah sewaktu dihubungi Astro AWANI yang turut menolak permintaan untuk ditemubual.
Pada 16 Mei lalu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengeluarkan kenyataan bahawa Wanita Umno kecewa dan meminta Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk AirAsia X memberikan penjelasan secepat mungkin.
Rosni hari ini menerusi satu kenyataan menyatakan sokongan beliau terhadap kenyataan Shahrizat itu selain menggesa Rafidah bertindak tegas berhubung perkara ini.
Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.
Azran secara terbuka menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel tersebut.
Antara Tweet beliau yang mengutuk tindakan Utusan Malaysia adalah:
"I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."
"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."
Topic Berkaitan
#Azran Osman-Rani
#desakan
#enggan
#Kenyataan
#mengulas
#Rafidah Aziz
#Rosni Sohar
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan