Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli akan mengemukakan dokumen berhubung dakwaan salah laku rasuah di Selangor kepada Presiden parti esok.
Menurutnya, Presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menilai perkara tersebut sebelum ia dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR yang dijadual esok malam.
"Laporan saya, insyAllah esok akan serah kepada dia (Wan Azizah) sebab Mesyuarat Biro Politik kita (PKR) kebiasaanya diadakan Selasa malam.
"Terpulang kepada Presiden sama ada dia nak bawa ke Biro Politik atau tidak, tapi saya akan serahkannya InsyaAllah pagi esok," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, Wan Azizah juga akan membuat keputusan sama ada wujud keperluan untuk perkara tersebut dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut.
"Saya akan serahkan kepada beliau (Wan Azizah) terlebih dahulu dan kita tunggu perbincangan dengan beliau. Besar kemungkinan ia akan dibawa ke peringkat parti (dan) Biro Politik.
"Kemudian, bergantung kepada perbincangan tersebut terutama bersama Wan Azizah. Jika (mesyuarat) bersetuju untuk dibawa ke SPRM, saya akan lakukannya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri di bawah pentadbirannya sebagai fitnah.
Beliau juga berkata pentadbirannya berdepan fitnah 'jijik', 'jahat', 'semberono' dan terancang bagi melemahkan semangat penjawat awam negeri itu.
Dalam perbualan WhatsApp yang bocor 19 Mei lalu, Rafizi mendakwa mendapat aduan permintaan untuk mendapatkan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri.
Beliau yang pada awal enggan mengulas atau menafikan perkara itu mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR berpotensi memusnahkan parti.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 23 2016
Wan Azizah juga akan membuat keputusan sama ada wujud keperluan untuk perkara tersebut dibawa ke SPRM bagi siasatan lanjut. - Gambar fail
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Kekecewaan Agong, PM paling layak jawab - Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu kemungkinan akan dijelaskan dalam tempoh beberapa hari.
COVID-19: Jika keluar kerajaan, UMNO rencat proses pemulihan negara - Penganalisis
Noor Nirwandy berkata, titah Yang di-Pertuan Agong tidak harus dipolemikkan kerana jelas baginda mahukan kesuburan politik demokrasi matang terus menjadi tunjang pentadbiran negara.
Pemimpin UMNO negeri mula bermesyuarat
Mesyuarat Biro Politik UMNO sudah bermula sekitar pukul 4.30 petang.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Haziq dipecat daripada PKR serta-merta
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat daripada parti dengan serta merta.