awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi kembali, gulung perbahasan di Dewan Rakyat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/10/2023
10:22 MYT
Rafizi kembali, gulung perbahasan di Dewan Rakyat
Rafizi hadir bagi menyampaikan ucapan Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 melibatkan Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Selepas berehat beberapa minggu susulan masalah jantung, Rafizi Ramli dilihat kembali meneruskan tugasnya Menteri Ekonomi di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau hadir bagi menyampaikan ucapan Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 melibatkan Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tan Sri Yang Dipertua, ahli Dewan yang dihormati sekalian.
“Terima kasih kepada semua 77 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Ekonomi.
“Mengambil kira masa yang terhad dan skop perbincangan meluas, saya berhasrat untuk memberikan tumpuan mengikut kepada kumpulan-kumpulan subjek ekonomi yang ditimbulkan tambahan pula, ada sebagian daripada persoalan itu telah diajukan dan diulas,” katanya.
Beliau kemudiannya meneruskan penggulungan dengan 45 minit masa diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kepada beliau.
Astro AWANI pada 21 Oktober lepas memaklumkan, keadaan kesihatan Rafizi yang sebelum ini dilapor mengalami masalah jantung, semakin baik selepas selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu, pada Khamis.
Beliau mengulas mengenai keadaan kesihatan Rafizi yang dilapor dirawat di PPUM selepas mengalami serangan jantung.
Difahamkan juga, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur stent jantung.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Dewan Rakyat
#pembedahan jantun
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan