awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Bukan saya, saya baharu ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi: Kerajaan hendak kutip cukai GST dengan letak jangka hayat kenderaan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
20/11/2013
09:02 MYT
Rafizi: Kerajaan hendak kutip cukai GST dengan letak jangka hayat kenderaan
Alasan sebenar kerajaan mahu meletakkan had jangka hayat kereta adalah untuk mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada Apr 1, 2015.
Dalam menegaskan perkara ini, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata ini adalah kerana setiap urusniaga pembelian dan penjualan kereta baharu atau terpakai akan dikenakan GST, dimana lebih kerap rakyat bertukar kereta, lebih banyaklah GST yang akan dikutip.
Rafizi berkata demikian semasa membalas kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussin yang semalam berkata satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi meneliti impak ekonomi dan sosial kepada orang ramai sekiranya had hayat kenderaan ditetapkan kepada 12 tahun bagi sesebuah kenderaan.
Ini berikutan saranan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.
“Alasan bahawa dasar ini perlu dilaksanakan demi keselamatan rakyat di jalan raya nampak dangkal tanpa bukti yang kukuh bahawa majoriti kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh kenderaan yang berusia lebih 12 tahun.
“Tidak ada satu keterangan saintifik dan empirikal pun setakat ini yang menunjukkan risiko kereta yang berusia 12 tahun naik mendadak berbanding kereta yang berusia 11 tahun.
“Malah, dalam keadaan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kemalangan seperti jalan raya tidak selamat dan papan tanda yang mengelirukan, alasan untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta demi keselamatan jalan raya nampak remeh dan tidak ikhlas.
“Saya mengesyaki alasan sebenar kerajaan adalah untuk mengutip cukai GST,” katanya semasa satu sidang media di Parlimen pada Rabu.
Pada 15 Nov, ketua pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan terutamanya yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi jika berlaku berbanding kereta baharu.
Beliau berkata, kenderaan berusia melebihi 12 tahun terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mempunyai daya serapan tenaga pelanggaran yang rendah apabila kemalangan berlaku.
Topic Berkaitan
#12 tahun
#GST
#Hishamuddin Hussein
#kereta
#rafizi ramili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan