awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
13/01/2025
16:40 MYT
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Lima individu pula dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Summit Ascent Holding Limited Datuk Chua Ming Huat dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.
Turut menerima anugerah itu ialah tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Mustapha Nagoor, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
Selain itu, Pemegang Amanah Yayasan Munarah S Sheranjiv dianugerahkan Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut membawa gelaran Datuk.
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 25 penerima termasuk Pengarah Peperangan Informasi Rejimen Semboyan Diraja Brigedier Jen Dr Adnan Ajis; Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ayop Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa.
Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 28 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) (empat), Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (25) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (73).
Sementara itu, tiga individu dikurniakan Setiawan Tuanku Muhriz (STM), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (130), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (227), Bentara Tuanku Muhriz (BTM) (19) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) (14).
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua pada 20 Jan dan sesi ketiga pada 25 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#darjah kebesaran
#Negeri Sembilan
#Datuk Seri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan