MALAYSIA
Rafizi nafi ‘buli’ Fadhlina, akui sering tak puas hati jawapan isu buli

Rafizi menyifatkan jawapan Fadhlina kurang memuaskan kerana isu buli adalah perkara yang rumit dan harus diselesaikan dengan segera.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa beliau ‘membuli’ Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu buli.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan membuli Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan menjelaskan beliau konsisten membangkitkan isu buli sejak 2023 dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
- Rafizi mengkritik jawapan Fadhlina yang disifatkan tidak memadai, kerana isu buli dianggap rumit dan perlu ditangani segera, terutama melibatkan anak-anak ahli politik berprofil tinggi.
- Beliau mengulas isu ini susulan kematian pelajar Zara Qairina Mahathir di Papar, Sabah, yang dikaitkan dengan kemungkinan unsur buli menurut siasatan awal polis.
“Sebenarnya ada beberapa perkara yang memang saya dah sebut berkali-kali, jangan ambil mudah... termasuklah buli di sekolah.
"Saya sebut dari tahun pertama, 2023 dan 2024, tapi jawapan Fadhlina macam itulah. ‘Kita semua dah bagus, kita semua dah ada’.
“Cuma saya jarang berpuas hati dengan jawapan menterilah, sebab seolah-olah menteri itu tidak faham, perkara ini sangat rumit,” katanya.
Malah Ahli Parlimen Pandan itu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sependapat dengan beliau mengenai isu tersebut semasa mesyuarat diadakan.
“Sebab ada persamaan di antara cucu-cucu dia (Anwar) dengan anak saya. Anak kami adalah anak 'high profile politician' yang ada sebahagian rakyat Malaysia memang tak suka, jadi mereka menjadi sasaran pelbagai komen,” katanya.
Rafizi berkata demikian semasa mengulas isu buli yang menjadi topik utama susulan kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Papar, Sabah.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital, setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi 16 Julai.
Pada 31 Julai, Polis Sabah tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami