awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SPRM mohon lucut hak Menara Ilham, beberapa aset milik Tun Daim, isteri
SUKAN
Piala Negara-Negara CAFA medan asah mentaliti pemain Harimau Malaya - Penganalisis
BISNES
AMNC25: Perdagangan global di ambang perubahan ketara, kuasa ekonomi beralih ke Negara-Negara Selatan - Li Qiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Rafizi sedia letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pemilihan PKR

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/05/2025
22:00 MYT
Sponsor Banner
Rafizi sedia letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pemilihan PKR
Rafizi menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 Mei ini. - Foto Facebook/Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 Mei ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai langkah menghormati mandat akar umbi, sambil menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan meskipun tidak lagi menganggotai Jemaah Menteri.
"Saya sudah bercakap dengan rakan-rakan saya dalam kerajaan, termasuk mereka dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional dan menjamin bahawa pertandingan dalaman ini tidak akan mengganggu pentadbiran.
"Tidak akan ada huru-hara, tidak ada kekacauan dan tiada ancaman kepada kestabilan.
"Kalau saya kalah, saya akan meletak jawatan. Saya akan kembali sebagai Ahli Parlimen biasa. Saya juga bersyukur kerana ada hikmah di sebalik itu,” katanya ketika bercakap dalam podcast Yang Bakar Menteri (YBM) yang disiarkan secara langsung di media sosial di sini, pada Sabtu.
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengesahkan pencalonannya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan ini.
Mengulas lanjut Rafizi berkata, jika tidak lagi terikat dengan tanggungjawab sebagai menteri, beliau akan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu tanpa terikat dengan etika jemaah menteri.
"Satu, saya tidak lagi dibebankan dengan tugas berat sebagai menteri. Kedua, saya akan lebih gembira kerana mulut dan tangan saya tidak lagi terikat.
"Sebagai anggota pentadbiran, saya tidak boleh menyuarakan ketidaksetujuan secara terbuka walaupun, contohnya, saya tidak setuju dengan pelantikan (Tan Sri) Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) .
"Kalau saya cakap, itu akan menyusahkan Perdana Menteri sebab pelantikan itu adalah budi bicara beliau," ujar Rafizi.
Beliau turut menegaskan bahawa kempen pemilihan PKR yang berlangsung tidak akan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Rafizi Ramli
#PKR
#pemilihan PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami