awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi tinjau status terkini projek Kerajaan Persekutuan di Perlis

Bernama
Bernama
11/09/2024
01:45 MYT
Rafizi tinjau status terkini projek Kerajaan Persekutuan di Perlis
Rafizi (kanan) mempersembahkan taklimat dan seterusnya bertukar pandangan dengan Tuanku Syed Sirajuddin (kiri) mengenai inisiatif serta peruntukan Kerajaan Persekutuan terkini. - Foto BERNAMA
KANGAR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengadakan lawatan kerja sehari di Perlis bagi meninjau status terkini beberapa projek Kerajaan Persekutuan di negeri itu, semalam.
Menurut kenyataan Istana Arau, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Rafizi petang semalam.
Rafizi mempersembahkan taklimat dan seterusnya bertukar pandangan dengan Raja Perlis mengenai inisiatif serta peruntukan Kerajaan Persekutuan terkini yang diharapkan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat di negeri itu.
"Negeri Perlis menawarkan peluang pelaburan yang merangkumi pelbagai sektor antaranya pertanian, pembuatan, sektor tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, logistik dan pelancongan membabitkan perkhidmatan serta sukan rekreasi," menurut kenyataan itu.
Turut berangkat pada sesi menghadap itu adalah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#projek Kerajaan Persekutuan
#Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan