KUALA LUMPUR: Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud, dalam keadaan kritikal seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan ringkas di akaun Instagramnya pada Selasa, Raghad berkata beliau menerima maklumat mengenai hantaran dalam talian itu bahawa suaminya yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak kritikal dan beliau menafikan cerita dan gambar berkenaan.
"Saya menerima makluman mengenai sebuah hantaran dalam talian mengenai lawatan ke hospital, yang menampilkan gambar yang didakwa sebagai suami saya, Tun Taib, dalam keadaan kritikal.
"Saya ingin menyatakan kepada semua bahawa gambar itu bukan beliau (Abdul Taib), tetapi orang lain.
"Agensi berita telah mengesahkan bahawa gambar itu adalah orang lain," katanya.
Raghad juga meminta semua blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi kedua-dua individu dalam gambar serta privasi suaminya.
"Tun Taib masih dalam pemulihan dan kami sedang menerima rawatan yang sewajarnya di hospital tempat beliau tinggal di KL (Kuala Lumpur).
"Semoga kami sentiasa dalam doa anda," tulisnya.
Pada Ahad, Raghad memuat naik di akaun Instagram bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau disyaki 'menculik' Taib dari hospital.
Beliau juga menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang.
Astro Awani
Tue Feb 20 2024

Raghad juga meminta semua blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi kedua-dua individu dalam gambar serta privasi suaminya. - Foto tangkapan layar Raghad Kurdi

Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.

Belasungkawa: Fakta mengenai Taib Mahmud, tokoh dikenang rakyat Sarawak
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada usia 87 tahun pada pagi Rabu adalah figura penting yang membawa perubahan besar kepada Sarawak di bawah pimpinannya.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

Allahyarham Abdul Taib Mahmud komited ubah hidup penduduk Sarawak
Di sebalik pelbagai kaum di Sarawak, Allahyarham memastikan kehidupan rakyat Sarawak meningkat dari segi ekonomi.

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Raghad nafi Taib Mahmud kritikal
Raghad berkata beliau menerima maklumat mengenai hantaran dalam talian itu bahawa suaminya yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak kritikal dan beliau menafikan cerita dan gambar berkenaan.

Raghad lapor polis, pertimbang ambil tindakan undang-undang
Raghad yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, berkata laporan polis itu juga adalah bagi melindungi privasi dan hak Abdul Taib untuk memilih rawatan perubatan.

Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad
Raghad berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di Kuching.

‘Itu adalah tidak benar’ - Isteri Taib Mahmud
Menerusi perkongsian di InstaStory miliknya, Raghad berkata, dakwaan berhubung isu tersebut adalah tidak benar sambil berkongsi gambar laporan doktor sebagai bukti.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan