awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahmat letak jawatan Pengerusi Suhakam Khamis ini

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2023
12:55 MYT
Rahmat letak jawatan Pengerusi Suhakam Khamis ini
Datuk Rahmat Mohamad akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkuat kuasa Khamis ini. - Sinar Harian
PUTRAJAYA: Datuk Rahmat Mohamad akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkuat kuasa Khamis ini.
Beliau bagaimanapun kini merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC Advisory Board) bagi sesi 2023-2025.
Pelantikan beliau itu telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Rabu minggu lalu.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan Rahmat adalah bertepatan dengan latar belakang beliau dalam bidang Perundangan Antarabangsa serta pengalaman sebagai Setiausaha Agung yang kelima bagi Asian African Legal Consultative Organization (AALCO).
"Dalam memastikan tata kelola Suhakam berjalan dengan lancar semasa sesi peralihan ini, kerajaan akan melantik pengerusi sementara dalam masa yang terdekat untuk menjalankan tugas sebagai pengerusi sehingga pengerusi baharu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong," kata bahagian itu pada Isnin.
Rahmat sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Suhakam bagi sesi 2022-2025 telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam gerak kerja suruhanjaya itu sebelum ini termasuklah kejayaan sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi tahun 2020 di Dewan Rakyat pada 12 hingga 14 Jun yang lalu.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rahmat Mohamad
#letak jawatan
#Pengerusi SUHAKAM
#khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan