awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raikan Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2022
15:47 MYT
Raikan Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim
Anwar berkata didikan sepanjang Ramadan selama sebulan perlu dipelihara dan tidak boleh dibiarkan pudar. - Gambar fail/FB/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai agar bersederhana dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam perutusannya, Anwar berkata didikan sepanjang Ramadan selama sebulan perlu dipelihara dan tidak boleh dibiarkan pudar.
"Alhamdulillah tahun ini kita kembali dapat raikan Aidilfitri bersama keluarga selepas dua tahun kekangan dari wabak.
"Justeru raikanlah Aidilfitri ini secara sederhana dan jangan biarkan didikan madrasah tarbiyah Ramadan selama sebulan itu beransur pudar," katanya dalam kemas kini di Facebook.
Umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri esok, 2 Mei 2022.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hari Raya Aidilfitri
#Malaysia
#hari raya
#Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan