KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai agar bersederhana dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam perutusannya, Anwar berkata didikan sepanjang Ramadan selama sebulan perlu dipelihara dan tidak boleh dibiarkan pudar.

"Alhamdulillah tahun ini kita kembali dapat raikan Aidilfitri bersama keluarga selepas dua tahun kekangan dari wabak. 

"Justeru raikanlah Aidilfitri ini secara sederhana dan jangan biarkan didikan madrasah tarbiyah Ramadan selama sebulan itu beransur pudar," katanya dalam kemas kini di Facebook.

Umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri esok, 2 Mei 2022.