awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/06/2021
00:14 MYT
Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian
Festival muzik terbesar yang dianjurkan secara tahunan di Sarawak itu akan menampilkan persembahan daripada edisi terdahulu dan persembahan rakaman awal oleh artis tempatan. -Sarawak Tourism Board
KUALA LUMPUR: Penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) tahun ini akan dianjurkan secara penstriman percuma bermula 18 Jun hingga 20 Jun 2021.
Festival muzik terbesar yang dianjurkan secara tahunan di Sarawak itu akan menampilkan persembahan daripada edisi terdahulu dan persembahan rakaman awal oleh artis tempatan.
Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran secara virtual ini penting dalam mengembalikan nostalgia kegemilangan penganjuran acara itu.
“Di saat penularan COVID-19 ketika ini, adalah penting untuk mengembalikan acara yang ikonik ini walaupun secara virtual.
‘’Untuk kali ini, kami akan memberikan satu pengalaman tontonan luar biasa khusus bagi peminat setia festival muzik ini,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Penstriman secara percuma ini boleh ditonton dengan melakukan mendaftar di rwmf.net. bermula hari ini.
Antara bakat tempatan yang akan membuat persembahan termasuk Alena Murang, Kemada, Nading Rhapsody dan At Adau.
BACA: Penganjuran RWMF 2021 bergantung kepada situasi semasa COVID-19
Tahun lalu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak menangguhkan semua acara besar melibatkan kehadiran lebih daripada 250 orang termasuk RWMF 2020 susulan penularan COVID-19.
Selain RWMF, acara tahunan Regatta Sarawak yang menjadi ikon sukan air di Tebingan Kuching juga dibatalkan pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Rainforest World Music Festival
#RWMF 2021
#virtual
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#COVID-19 di Sarawak
#Alena Murang
#At Adau
#Regatta Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan