awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais Yatim ingatkan para senator elak politik kepartian yang sempit

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/12/2020
05:05 MYT
Rais Yatim ingatkan para senator elak politik kepartian yang sempit
Rais sekali lagi mengingatkan perbahasan yang berkualiti dengan menekankan isu-isu kepentingan rakyat dan megelakkan daripada menjadikan Dewan Negara sebagai medan politik. - Bernama
KUALA LUMPUR:Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengingatkan para senator untuk memahami aspirasi pelantikan mereka sebagaimana tertakluk dalam Perkara 45 (1)(2) Perlembagaan Persekutuan .
Beliau berharap mereka akan menggunakan sepenuhnya latar belakang profesion mereka dalam bidang masing-masing untuk membahaskan sesuatu yang berkualiti serta besesuaian dengan kedudukan Dewan Negara sebagai badan penggubal undang-undang tertinggi.
"Saya tidak mahu perbahasan terarah kepada politik kepartian yang sempit, sebaliknya saya mahu perbincangan yang lebih matang dan tuntas.
"Kewujudan Dewan Negara penting bagi membolehkan pandangan yang lebih berfakta berbanding perbahasan retorik politik semata-mata," katanya ketika majlis angkat sumpah lantikan semula dua senator di Dewan Negara di sini, pada Selasa.
Dua ahli Dewan Negara, Datuk T. Mohan, 47, dan Aknan a/l Ehtok, 58, hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator untuk tempoh tiga tahun lagi.
Rais sekali lagi mengingatkan perbahasan yang berkualiti dengan menekankan isu-isu kepentingan rakyat dan megelakkan daripada menjadikan Dewan Negara sebagai medan politik.
"Asingkan fahaman politi berasaskan parti dan hasilkan perbahasaan yang lebih berkualiti yang dapat menyumbangkan kepada proses kemajuan negara," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Speaker
#senator
#parlien
#Rais Yatim
#Perlembagaan Persekutuan
#perbahasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan