awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar

Bernama
Bernama
27/03/2023
15:24 MYT
Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.
Anwar menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan beliau telah menyampaikan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus memperkukuhkan jalinan hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 66 tahun lepas, pada sesi itu.
Perdana Menteri turut mengadakan kunjungan ke atas Presiden Senat Kemboja Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja Heng Samrin dan bertukar-tukar pandangan.
"Dalam kepadatan jadual, saya sempat menyantuni diaspora Malaysia dalam satu majlis di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh selain menyampaikan hasrat kerajaan agar kebersamaan dan kesepaduan terus dituntut meski berada di luar negara," katanya.
Anwar hari ini tiba di Kemboja untuk lawatan rasmi sehari bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957.
Lawatan rasmi dan sulung Perdana Menteri ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Kemboja
#terima menghadap
#Raja Norodom Sihamoni
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan