ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-80 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.
Tengku Sarafudin dikurniakan Darjah Kerabat Kedah, diikuti Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff yang dikurniakan Darjah Kerabat Sallehuddin serta Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin yang dikurniakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah.
Selesai menganugerahkan kepada ketiga-tiga kerabat baginda itu, Sultan Sallehuddin kemudian menyampaikan anugerah kepada penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-79 yang tidak dapat diadakan pada tahun lepas.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri, mendahului senarai penerima bagi tahun lepas.
Istiadat kemudian diteruskan bagi penerima pada tahun ini iaitu Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Ketua Istiadat, Datuk Mohd Omar Mohamed dianugerahkan Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (DPSS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.
Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira pula dianugerahkan kepada dua penerima iaitu Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Datuk Syed Azizan Syed Mohamad Al-Idrus dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.
Sultan Sallehuddin juga turut berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk kepada dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Azman Nasrudin dan Wan Romani Wan Salin.
Sementara itu, seramai 21 penerima dianugerahkan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk antaranya termasuk Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Hakim Mahkamah Tinggi Sungai Petani (1), Chan Jit Li; Ahli Dewan Undangan Negeri Belantik, Mohd Isa Shafie dan Pegawai Daerah Kulim, Abdul Bari Abdullah.
Turut menerima DSDK adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Aroff Darus,; Pegawai Daerah Bandar Baharu, Rohaizad Rashid; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Arham Abdul Rahman dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Kamarudin Abd Akib.
Penerima DSDK lain termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara Marzunisham Omar; Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Cawangan Kerja Kesihatan, Azman Md Hashim; Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd, Mohd Sahil Zabidi dan Timbalan Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi.
Anugerah DSDK turut diterima Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim, Dr P. Tharmalingam; Panel Bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, I. Devan dan pengamal perubatan, Dr Ayaz Ahmad Mohamed Salleh Khan.
Turut menerima DSDK adalah Ketua Pegawai Eksekutif Putra Medical Centre, Lee Gaik Cheng; Setiausaha Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Md Noor Udoh; Ahli Jawatankuasa Biro Penerbitan dan Pemasaran Persatuan Sejarah Malaysia, Abdul Halim Taib dan Pengerusi Wantas Shipping Langkawi Sdn Bhd, Lim Thye Kiang.
Sultan Sallehuddin kemudian menganugerahkan Darjah Dato' Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima iaitu Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad; Senarai LPK (1) Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Mejar Jeneral Baharuddin Ahmad; Panglima Logistik MK PLTD Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Abdul Aziz Samsi @ Haji Shamsudin; Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Chan Peng Cheong dan Ketua Pengarah OP MK ATM-BOLP Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Johari Mohd Jaafar.
Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad dianugerahkan Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS), 25 penerima dianugerahkan Setia Diraja Kedah (SDK), manakala seorang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee menerima Jaksa Pendamai (JP).
- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dikurniakan Darjah Kerabat Kedah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-80 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini. - Gambar BERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Pegawai kerajaan perlu persiapkan diri dengan kemahiran di lapangan - Sultan Kedah
Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan
Sultan Kedah kurnia panji rejimen kepada Batalion ke-23 RAMD
Penganugerahan berkenaan sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan batalion berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan memelihara keamanan negara.
10 Exco Kedah dijangka angkat sumpah Isnin ini
Majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah dijangka diadakan pada Isnin ini.
Sanusi persembah senarai calon Exco kepada Sultan Kedah Khamis ini
Beliau berkata senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional dan akan dipersembah kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda.
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pertemuan dengan Sultan Kedah tiada kaitan urus niaga REE - Anwar
Anwar tegaskan pertemuan dengan Sultan Kedah hanya kunjungan hormat yang tidak berkaitan dengan REE.
PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.