MALAYSIA
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan sebar mesej antidadah

Program kayuhan sejauh 12 kilometer itu bermula dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Ahmad, Mukim Seriab dan diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Perlis 2025. -Foto AADK
KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyertai kayuhan berinformasi dalam usaha menyebar luas mesej antidadah di sekitar Kuala Perlis, Kangar.
Ringkasan AI
- Raja Muda Perlis menyertai kayuhan berinformasi sejauh 12 kilometer di Kuala Perlis sempena Hari Antidadah Peringkat Negeri Perlis 2025 untuk menyebarkan mesej pencegahan dadah secara santai dan inklusif.
- Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam, memperkukuh peranan komuniti, dan mempromosi gaya hidup sihat tanpa dadah melalui aktiviti fizikal seperti berbasikal dan senamrobik.
- Statistik menunjukkan penurunan 7 peratus penyalahgunaan dadah di Perlis sehingga Mac 2025, dengan ATS sebagai dadah paling banyak disalah guna, dan AADK akan terus mempergiat program pencegahan bersama pelbagai pihak.
“Selain itu, aktiviti ini juga mampu memperkukuh peranan komuniti dalam pencegahan dadah dengan menggalakkan penglibatan komuniti termasuk belia dan keluarga dalam usaha mewujudkan persekitaran bebas dadah.
“Menerusi aktiviti ini juga, kempen mempromosi gaya hidup sihat tanpa dadah dapat diterapkan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjalan kaki dan senamrobik dengan mesej kehidupan sihat tanpa pengaruh dadah atau bahan terlarang” katanya dalam sidang media di Kangar pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ruslin menambah, pendekatan santai tersebut berupaya meningkatkan jalinan kerjasama strategik antara AADK dan pihak kerajaan negeri, dalam mengukuhkan sinergi melaksanakan program advokasi dan pencegahan dadah atau bahan berorientasikan komuniti.
“Berdasarkan data sehingga Mac tahun 2025, Negeri Perlis mencatatkan penurunan sebanyak tujuh peratus iaitu sebanyak 1, 807 orang berbanding 1,942 penyalah guna dan penagih dadah serta bahan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
“Kadar penyalahgunaan dadah dan bahan berdasarkan 100,000 penduduk di Perlis mencatat sebanyak 609 orang penagih berbanding 654 bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Beliau berkata, kategori dadah yang menjadi pilihan utama bagi penyalah guna dan penagih di Perlis adalah dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) dengan majoriti 78.2 peratus atau 1,413 orang bagi tempoh sehingga Mac 2025.
“Jenis dadah kedua tertinggi pula ialah jenis Opiat iaitu sebanyak 21 peratus daripada jumlah keseluruhan penyalahgunaan dadah dan bahan di Perlis.
“Justeru, menerusi dapatan ini, AADK akan mempergiatkan program pencegahan di seluruh negara termasuk di Perlis sebagai usaha memastikan kadar penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan dapat diturunkan dari semasa ke semasa.
“Kerjasama erat antaraKerajaan Persekutuan menerusi Kementarian Dalam Negeri dengan kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan komuniti perlu digembleng demi keselamatan dan kesejahteraan sejagat,” jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami