awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Bernama
Bernama
04/09/2021
15:58 MYT
Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). - Foto Instagram/@rmselangor
SHAH ALAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
"Beberapa kumpulan percaya saya mendapat manfaat daripada keputusan itu, saya ingin menjelaskan kedudukan saya. Saya tidak mempunyai kaitan dengan Gabungan Indah Sdn Bhd atau sebarang projek pembangunan di HSKLU," titah baginda dalam hantaran di Instagram hari ini.
Hantaran itu merujuk kepada keputusan untuk menyahwartakan separuh daripada HSKLU selaras dengan matlamat pembangunan Selangor ke arah kestabilan sosioekonomi dan kelestarian.
Pada 1 Sept lepas, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan hutan simpan itu di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat sebagai hutan simpan kekal.
Menurut jabatan itu, cadangan penyahwartaan hutan simpan tersebut telah melalui proses yang teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam sejak keputusan mengenainya diterima pada November 2019.
"Kerajaan Negeri Selangor turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn Bhd termasuk pengekalan sebanyak 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan," katanya.
Tengku Amir Shah juga bertitah baginda tetap prihatin terhadap alam sekitar dan menyedari bagaimana pembangunan memberi kesan terhadap perubahan iklim yang bukan hanya menjejaskan rakyat Malaysia tetapi juga generasi pada masa akan datang.
"Kita perlu memikul tanggungjawab bersama untuk melindungi dan memulihara sebahagian besar dari kawasan ini. Perkasakan dan lindungilah masyarakat yang tinggal di kawasan itu.
"Bangunkan komuniti yang lebih lestari dengan memiliki rasa empati dan berpandangan jauh. Rakyat Selangor tidak suka melihat ia (HSKLU) pupus.
"Kita rakyat Malaysia ingin memainkan peranan kita untuk planet ini iaitu menebus kembali kesilapan ekologi kita dan memberikan sumbangan yang positif kepada alam sekitar," titah baginda.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Selangor
#Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
#Hutan Simpan Kuala Langat Utara
#HSKLU
#Gabungan Indah Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan