KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Dr Mahathir hari ini.
Hantaran itu memaklumkan, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mencemar duli melawat Dr Mahathir yang kini berusia 101 tahun.
Hantaran tersebut bagaimanapun tidak memperincikan keadaan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 29 September lalu bagi menjalani pemerhatian kesihatan, sehari selepas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 28 September ketika berusia 100 tahun.