KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial" itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu'ah sebagai surah pilihan.
Bermula tepat pukul 12 tengah hari, majlis dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ayat satu hingga lima Surah Al-Baqarah, sebelum diteruskan dengan penerangan sinopsis, bacaan dan tadabbur surah Al-Jumu'ah.
Jemaah yang hadir turut mendengar Pesan Ulama oleh Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan bacaan ikrar Quran diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Munqiz Mohd Subki.
Sebanyak 5,139 hotspot didaftar oleh pelbagai organisasi bagi penganjuran serentak program itu di seluruh negara.
Setakat 3 April, lapan lokasi di enam negara turut berdaftar sebagai hotspot World #QuranHour iaitu Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Arab Saudi.
Program selama sejam itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis yang menjadi penyiar rasmi bagi World #QuranHour, selain lima stesen TV lain iaitu RTM, TV9, TV AlHijrah, Bernama TV dan Astro Awani.
World #QuranHour dianjurkan WUIF dengan Masjid Negara sebagai penaja lokasi, dan antara rakan strategik program ialah USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Islamic Tourism Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Antara yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara hari ini. -X Bernama
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
Permaisuri berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.