awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia

Bernama
Bernama
21/04/2024
01:00 MYT
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam tadi berkongsi hantaran mengenai Raja Permaisuri Agong yang berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang.
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda semalam adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda iaitu putera bongsu, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam tadi.
Bersama-sama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7 dalam kategori Pro-Am dan ke-10 bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta lain.
Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Perlumbaan kedua bakal berlangsung pada 11.30 pagi ini dan akan disiarkan secara langsung di saluran GT World di YouTube.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GT World Challenge Asia
#Raja Permaisuri Agong
#Litar Antarabangsa Sepang
#Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan