awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Malam Amal BAKASA, BAKAT ATM IFF 2022

Bernama
Bernama
30/11/2022
23:20 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Malam Amal BAKASA, BAKAT ATM IFF 2022
Raja Permaisuri Agong berkenan melawat tapak pameran pada Majlis Malam BAKASA dan Bakat IFF 2022 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut berangkat, Tengku Hassanal Ibrahim (kiri). --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Malam Amal Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM) Festival Fesyen Islamik (IFF) 2022 di Dewan Perkasa Wisma Perwira, ATM, di sini, malam tadi.
Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada jam 8.30 malam disambut Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, yang juga isteri kepada Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Tunku Azizah kemudiannya berkenan merakam foto kenangan bersama para tetamu kerabat diraja yang turut berangkat hadir antaranya Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sesi bergambar juga diteruskan bersama pereka fesyen yang terlibat dalam pertunjukan tersebut antaranya Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Nurita Harith, Rozita Che Wan dan koleksi pengasas IFF, Datuk Seri Raja Rezza Shah serta pereka fesyen dari Indonesia, Jeny Tjahyawati dan Ghea Panggabean.
Tunku Azizah turut berkenan melawat gerai yang mempromosikan produk industri kecil dan sederhana hasil tangan ahli BAKAT yang kebanyakannya isteri anggota dan pegawai ATM.
Malam Amal BAKASA dan BAKAT IFF 2022 adalah hasil inisiatif Tengku Muhaini, yang juga Penasihat Diraja BAKASA, berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta untuk disumbangkan kepada dua pertubuhan kebajikan BAKASA iaitu Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan dan Pusat Inovasi Tengku Ampuan Afzan, serta untuk tujuan Program Transformasi BAKAT ATM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#pereka fesyen
#BAKASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan