awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul

Bernama
Bernama
03/10/2023
05:06 MYT
Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara di sini, hari ini.
Ceramah bertajuk 'Sunnah Nabi SAW di Akhir Zaman: Cabarannya?' dengan pengisian ceramah berkisarkan sunnah, akhlak dan sirah Rasulullah SAW itu disampaikan Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin.
Selain fadilat amalan istighfar dan selawat, antara pengisian ceramah adalah sifat zuhud Nabi Muhammad SAW yang perlu diteladani umat Islam dengan hidup secara bersederhana dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai matlamat utama.
Terdahulu, kira-kira 350 kakitangan Istana Negara menyertai perarakan dan berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul sejauh kira-kira 1.5 kilometer (km), bermula dari tapak parkir awam di pekarangan Istana Negara ke Dewan Mulia, di sini hari ini.
Perarakan itu diketuai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin dan turut disertai Pegawai Agama Istana Datuk Munir Md Salleh bermula 9.30 pagi sehingga 10 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#ceramah agama
#Sambutan Maulidur Rasul
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan