awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Perak berkenan rasmi klinik bergerak 'Purple Truck'

Bernama
Bernama
21/08/2022
04:15 MYT
Raja Permaisuri Perak berkenan rasmi klinik bergerak 'Purple Truck'
Baginda berkenan merasmikan Purple Truck dengan menandatangani plak diiringi Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak Datin Seri Aezer Zubin. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Klinik Bergerak Saringan Kesihatan Nasional dikenali 'Purple Truck' yang akan memberikan saringan kanser percuma bagi warga luar bandar dan pedalaman di seluruh negara.
Baginda berkenan merasmikan Purple Truck dengan menandatangani plak diiringi Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak Datin Seri Aezer Zubin sebelum melawat pameran di Astaka Padang Ipoh di sini hari ini.
Klinik kesihatan bergerak itu merupakan trak sepanjang kira-kira lima meter yang diubah suai sebagai platform untuk menganjurkan bengkel kesedaran dan kesihatan tentang penyakit kanser dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di kawasan pedalaman dan luar bandar.
Program komuniti masyarakat Purple Truck yang merupakan sebuah inisiatif hasil kerjasama MCIS Life dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan dikelolakan oleh pasukan bergerak NCSM yang terdiri daripada kakitangan perubatan terlatih, penasihat kesihatan berpengalaman dan sukarelawan penjagaan kesihatan.
Antara program yang akan dijalankan ialah ceramah dan bengkel interaktif berteraskan gaya hidup sihat, kesedaran kanser dan penyakit tidak berjangkit, penilaian kesihatan am dan saringan kepada tiga jenis kanser utama di Malaysia iaitu kanser payudara, kanser serviks dan kanser kolorektal.
Purple Truck akan memulakan jelajah bersama pasukan perubatan terlatih dan sukarelawan NCSM ke lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sireh Park di Johor sempena dengan sambutan ulang tahun MCIS Life.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Purple Truck
#Tuanku Zara Salim
#Klinik Bergerak Saringan Kesihatan Nasional
#ncsm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan