awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman Audio: Najib dan Rosmah tiba di Akademi SPRM untuk dirakam keterangan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/02/2020
07:28 MYT
Rakaman Audio: Najib dan Rosmah tiba di Akademi SPRM untuk dirakam keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi pada jam 3 petang . - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 3 petang tadi bagi dirakam keterangan mereka berhubung rakaman perbualan audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Januari lalu.
Terdahulu mereka berdua hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10 pagi bagi memberikan keterangan kira-kira satu jam berhubung isu sama kepada pihak polis.
Minggu lalu, seramai 12 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan pendedahan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi melibatkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International.
Antara Individu yang dirakam percakapan termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Pada 8 Jan lepas, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib, semasa beliau menjadi perdana menteri, dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Bukit Aman
#Malaysia
#Najib Razak
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#Rosmah Mansor
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan