Rakan setugas anggota Cawangan Khas PDRM yang ditemui mati ditembak di Bukit Persekutuan di sini, ditahan semalam untuk membantu siasatan polis berhubung insiden tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota terbabit ditangkap pada 7.00 malam dan dibawa ke Balai Polis Travers.
Polis bagaimanapun tidak menyatakan lokasi anggota terbabit ditahan.
"Umurnya dalam lingkungan 30an, polis juga telah merampas sepucuk pistol miliknya serta beberapa dokumen lain yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah bagi sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya di sini, hari ini.
Menurutnya polis akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan.
"Mangsa bunuh tidak membawa senjata api ketika kejadian, motif kejadian masih belum dapat dipastikan," katanya.
Semalam, anggota polis Cawangan Khas itu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.
Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter berdekatan sebuah motosikal.
Di lokasi kejadian polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah topi keledar dan jaket.
Dalam kes lain beliau berkata 87 laporan polis telah diterima terhadap satu penerbitan video Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang dipercayai melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
"Rakaman percakapan dengan 87 pengadu telah dilakukan dan polis akan merujuk kes ini kepada peguam negara sama ada dapat dituduh atau sebaliknya," katanya.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang berlakon sebagai pengacara telah menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina dan tetamu undangan Kok dikatakan membuat kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Sementara itu, sebanyak 50 papan kenyataan telah diserahkan kepada 50 sekolah di Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.
Papan kenyataan itu bertujuan berkongsi informasi dengan golongan pelajar dari sudut kepolisan termasuk berkaitan undang-undang, aktiviti sekolah serta keratan akhbar.
Bernama
Wed Feb 05 2014
Datuk Mohmad Salleh - Gambar Fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Sirul Azhar ke Australia Oktober tahun lepas - Pengarah JSJ Bukit Aman
Mengikut portal Jabatan Peguam Negara Malaysia, Malaysia telah memuktamadkan triti ekstradisi dengan Australia yang berkuatkuasa sejak 28 Disember 2006.
Rakan setugas anggota polis ditembak mati ditahan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota terbabit ditangkap pada 7.00 malam dan dibawa ke Balai Polis Travers.
Terdapat unsur jenayah dalam kematian tahanan polis
Terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian seorang tahanan yang menghembuskan nafas terakhir di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur malam semalam.
Eksekutif ditahan kerana disyaki liwat pelajar
Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini.
Polis minta 14 saksi tampil berhubung perhimpunan 12 Januari
Polis hari ini mengedarkan gambar 14 saksi bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara.
Suami isteri ditahan simpan ganja bernilai RM110,000
Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik gerai makan di Kampung Baru di sini kerana disyaki mengedar dan menyimpan dadah bernilai RM110,000.
Bungkusan di Leboh Pasar, KLCC bukan bom
Ketua Polis KL Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bahawan dua bungkusan di Leboh Pasar dan KLCC bukan bom seperti yang dilaporkan.
Polis KL: FRU tidak akan dikerah
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak akan dikerah bagi mengawal keadaan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini.