awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat digalak penuhi pekerjaan industri perladangan, banyak manfaat menanti

Bernama
Bernama
23/04/2021
20:29 MYT
Rakyat digalak penuhi pekerjaan industri perladangan, banyak manfaat menanti
Mohd Khairuddin berkata kerajaan juga sentiasa mengadakan kempen untuk menarik minat rakyat tempatan mengisi kekosongan jawatan dalam bidang itu. - Gambar fail
KUALA NERUS: Rakyat tempatan digalakkan menceburi bidang perladangan bagi memenuhi pasaran pekerjaan dan memperoleh pendapatan lumayan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau yang mengulangi saranan kerajaan itu berkata kebanyakan rakyat tidak menyedari kelebihan yang bakal diperoleh kerana beranggapan ia adalah pekerjaan ‘3D’ iaitu kotor, bahaya dan sukar menerima gaji yang lebih tinggi.
“Mereka termasuk pasangan berkeluarga tidak nampak peluang yang disediakan. Kita sediakan rumah, sekolah, masjid...semua syarikat perladangan akan sediakan (kemudahan) itu kerana ada akta dan ordinan yang mesti diikuti semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian sumbangan kepada kira-kira 200 orang yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim di sekitar Parlimen Kuala Nerus di sini pada Jumaat.
Mohd Khairuddin berkata kerajaan juga sentiasa mengadakan kempen untuk menarik minat rakyat tempatan mengisi kekosongan jawatan dalam bidang itu dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat menerusi laman web kementerian, syarikat perladangan atau melalui JobsMalaysia.
Dalam masa sama, beliau berkata kementerian memohon untuk mendapatkan kira-kira 32,000 pekerja asing untuk menuai buah kelapa sawit tidak lama lagi dan kini sedang menunggu keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Sumber Manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
#perladangan
#pendapatan
#lumayan
#JobsMalaysia
#syarikat perladangan
#pekerja asing
#kelapa sawit
#pekerjaan 3D
#pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan