awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat mahu RUU Antilompat Parti dibentangkan - Najib

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/04/2022
00:40 MYT
Rakyat mahu RUU Antilompat Parti dibentangkan - Najib
NAJIB: Kalau ikut pada hasrat pengundi, mereka hendak supaya RUU ini dibentangkan, sebab ia prinsip yang mulia. - Foto Astro AWANI
BANDARAYA MELAKA: Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak yakin rakyat mahu Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti segera dibentangkan di Dewan Rakyat.
Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana pengundi tidak lagi mahu terus dikhianati oleh tindakan sesetengah wakil rakyat yang berpaling tadah selepas menerima mandat rakyat.
"Kalau ikut pada hasrat pengundi, mereka hendak supaya RUU ini dibentangkan, sebab ia prinsip yang mulia.
"Bermakna, dia pilih wakil rakyat berdasarkan pada parti dan parti juga bekerja untuk dia. Tiba-tiba, dia lompat kepada pihak lain, makna dia telah mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
"Itu prinsip asasnya, fundamentalnya, dan sebab itulah majoriti rakyat nak supaya RUU ini dibentangkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan ‘walkabout’ di ‘Melaka Grand Ramadan Bazar’ (MELGRAB), Jalan Hang Tuah pada malam tadi.
Najib mengulas penangguhan RUU berkenaan yang sepatutnya dibentang pada Isnin ini.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#RUU Antilompat Parti
#berpaling tadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan