PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pembangunan sistem tersebut yang turut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menunjukkan aspek keselamatan siber dititikberatkan.
"JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.
"Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PADU yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Fahmi berkata PADU sebagai 'pengubah keadaan' akan menjadi satu anjakan budaya dan memudahkan kerajaan untuk merangka dasar dan gerak kerja bersesuaian terutamanya untuk membantu rakyat.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan suatu pangakalan data keterhadapan yang akan membantu kerajaan melakukan penjimatan dan memastikan rakyat yang berhak mendapat subsidi.
"Subsidi kita (Malaysia) tersasar suatu ketika dahulu dan harus kembali ke landasan bagi menentukan hanya yang berhak memperoleh subsidi," katanya.
Ahmad Zahid berkata PADU harus dilaksanakan segera supaya penjimatan dapat dilakukan agar lebih banyak program pembangunan dapat disalurkan melalui penjimatan itu.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pelancaran PADU merupakan detik bersejarah penting bagi negara ke arah pelaksanaan transformasi digital.
"Amat penting untuk kita pastikan semua dapat kerjasama untuk kemas kini maklumat terkini dalam sistem PADU. Bagi pihak kementerian, kita menyokong penuh inisiatif Kementerian Ekonomi ini,"katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula berkata Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini mempunyai tanggungjawab lebih penting untuk memastikan rakyat di kawasan mereka mengemas kini data PADU.
"PADU merupakan satu kelebihan apabila ada satu pangkalan data, ia membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih baik.
"Ini perlukan usaha daripada barisan hadapan khususnya MP dan ADUN kena sama-sama membantu di kawasan masing-masing untuk kemas kini info dan maklumat orang ramai," katanya yang juga Ahli Parlimen Seremban dan ADUN Chennah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Fahmi ketika ditemui media pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
- Foto Bernama
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.