awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia buat rayuan atas hukuman mati

Bernama
Bernama
13/02/2020
03:27 MYT
Rakyat Malaysia buat rayuan atas hukuman mati
Pannir, yang sepatutnya menjalani hukuman mati pada 24 Mei, membuat permohonan penangguhan selepas permohonan pengampunannya ditolak.
Pannir Selvam a/l Pranthaman seorang rakyat Malaysia, yang menghadapi hukuman mati akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, yang menolak permohonan beliau untuk mencabar proses pengampunan.
"Pannir akan mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. Jadi, perkara ini masih belum berakhir. Kita ada masa sebulan untuk mengemukakan notis rayuan," kata peguambela Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama hari ini.
Permohonan untuk mencabar keputusan mahkamah itu telah dibuat dalam kamar oleh Hakim See Kee Oon pada 11 Feb dan keputusan mengenainya pada keesokan harinya.
Mahkamah Rayuan Singapura pada 23 Mei, 2019 telah membenarkan permohonan Pannir untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.
Pannir, 32, yang sepatutnya menjalani hukuman mati pada 24 Mei, membuat permohonan penangguhan selepas permohonan pengampunannya ditolak.
Surat daripada Presiden Singapura yang menolak pengampunan itu dan pemakluman hukuman itu kedua-duanya bertarikh 17 Mei, 2019, tetapi surat yang memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai hukuman mati itu, dihantar pada 16 Mei, 2019.
Pannir disabitkan kesalahan pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#Mahkamah Tinggi
#mencabar keputusan mahkamah
#Pannir Selvam Pranthaman
#Penangguhan
#pengampunan
#rakyat Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan