awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Indonesia perlu elak kunjungi lokasi demonstrasi, rusuhan - Mohamad

Bernama
Bernama
04/09/2025
13:40 MYT
Rakyat Malaysia di Indonesia perlu elak kunjungi lokasi demonstrasi, rusuhan - Mohamad
Mohamad berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta Konsulat Jeneral termasuk di Pekanbaru dan Medan sentiasa memantau rapi perkembangan semasa. - Bernama
REMBAU: Rakyat Malaysia di Indonesia diminta supaya tidak mengunjungi kawasan panas yang dikenal pasti menjadi lokasi demonstrasi susulan rusuhan di beberapa tempat di negara itu sejak 28 Ogos lepas.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada rakyat negara ini yang terlibat atau terjejas setakat ini dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta Konsulat Jeneral termasuk di Pekanbaru dan Medan sentiasa memantau rapi perkembangan semasa selain memastikan keselamatan mereka terjamin.
"Kita telah minta supaya jangan ke tempat yang panas atau hotspot ini supaya mereka tidak terjejas... kalau boleh, jika tidak ada keperluan keluar duduk di dalam rumah ataupun di asrama masing-masing.
"Kalau nak keluar pun, keluarlah ke lokasi yang bukan dikenal pasti sebagai tempat selalu berlaku demonstrasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Rembau kepada 101 penerima di sini hari ini.
Pada 29 Ogos lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan demonstrasi yang bermula di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.
Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Rembau, turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan sebarang elemen yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.
"Apabila keamanan tergugat, pertumbuhan ekonomi juga akan terjejas... jika tidak stabil, pelabur asing tidak akan melabur manakala pelabur tempatan pula akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
"Keadaan ini tidak baik untuk negara," katanya.
Beliau berkata orang ramai juga diminta supaya berwaspada terhadap penyebaran berita tidak benar yang boleh mengelirukan masyarakat dan melemahkan perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#demonstrasi
#Indonesia
#rusuhan
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan