awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California disaran berwaspada

Bernama
Bernama
07/08/2024
15:00 MYT
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California  disaran berwaspada
Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau situasi secara aktif berikutan gempa bumi bermagnitud 5.2 yang berlaku berhampiran Bakersfield, selatan California. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California disarankan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, kata Kementerian Luar.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau situasi secara aktif berikutan gempa bumi bermagnitud 5.2 yang berlaku berhampiran Bakersfield, selatan California.
Pusat gempa itu terletak kira-kira 24 kilometer barat daya Lamont dan kira-kira 40 kilometer selatan Bakersfield. Gempa itu melanda sekitar pukul 9.09 malam waktu tempatan, katanya.
"Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan itu dan memberikan kemas kini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Luar, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles di 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California atau telefon +1-213-892 1238 atau e-mel [email protected].
"Semasa kami terus menguruskan musim taufan Atlantik yang sedang berlangsung, termasuk memantau Taufan Tropika Debby di Florida, kami juga memperluaskan kewaspadaan kami terhadap kesan gempa bumi di California," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#gempa bumi
#selatan California
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan